Saturday 9 September 2017

SUKUK SURAT HUTANG ISLAM


Sukuk  adalah sijil kewangan dan surat hutang Islam. Konsep sukuk  bersesuaian dengan syariah Islam dan prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba. Sukuk  telah  berkembang  menjadi antara  kaedah pembiayaan pelaburan berasaskan prinsip syariah Permintaan kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana menjadi antara peluang  pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip diterima Islam.

Definisi sukuk - sijil  bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud  untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima nilai sukuk, disaat  jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.

Sukuk  juga  dikenali  bon patuh syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu  mempunyai  tempoh  matang  (term maturity), mempunyai kupon keuntungan, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah bon  konvensional merupakan tuntutan  seorang pelabur pada aliran wang di masa  hadapan kepada  pihak  yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan  penerbit  adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Sebagai  contoh  seorang  pelabur  melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap tahun  akan diberikan faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh  matang. Setelah  bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun  itu serta dibayar semula  harga hasil bon tersebut iaitu RM1000.

Bagi sukuk  pula, kaedah pengiraan untung adalah serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan  pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang pelabur  adalah  pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang
dijana melalui  kaedah pembiayaan sukuk.

Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian  pemegang  sijil sukuk  mempunyai  tuntutan  ke atas manfaat yang dijana aset  tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya  pelabur  melanggan RM1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur  akan  menerima  RM100 setiap tahun dan RM1100 pada tempoh matang.

Sukuk juga telah distruktur di mana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan  dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana  akan  membolehkan  pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.

Satu  lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi  di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang   pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan  semula  pokok  pelaburan.

Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang  dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat tuntutan sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.

Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
- Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
- Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
- Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
- Sukuk Istisna: Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek barang.

Kesimpulan
Pelaburan   sukuk merupakan   antara   pelaburan  ideal  bagi  pelabur  yang menghendaki  pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Patuh Syariah.

Walaubagaimanapun,  terdapat  juga  kontroversi  dan kritikan  mengenai  beberapa  jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya terlalu  hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani. Oleh itu sebelum anda membuat  keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai  instrumen  sukuk  yang  anda  minati. Di  Malaysia ini, cukuplah sekiranya  sukuk itu telah diluluskan  oleh  Shariah  Board  Suruhanjaya Sekuriti  Malaysia. Anda  sudah  boleh  meyakinkan diri anda untuk melabur dalam sukuk tersebut.

No comments:

Post a Comment