Saturday 9 September 2017

FAKTOR MENENTUKAN JENIS PERNIAGAAN


Peluang mencuburi bidang perniagaan terbuka luas. Namun tidak bermakna boleh dipandang mudah. Perlu ada pertimbangan dibuat sebelum menceburi bidang perniagaan untuk capai kejayaan. Beberapa foktor perlu diberi pertimbangan.

Lokasi perniagaan.
Lokasi dipilih mesti mudah didatangi pelanggan. Bandar dan kompleks perniagaan adalah tempat sesuai untuk memulakan perniagaan. Selain itu, kedai berhampiran jalan utama juga patut menjadi pilihan. Untuk perniagaan runcit dan restoran boleh dibuka di kawasan perumahan.

Jangkaan pelanggan.
Perniagaan dijelankan mesti ada pelanggan. Mana mungkin perniagaan maju atau mendapat untung jika tiada pelanggan. Maka, fikirkan jumlah jangkaan pelanggan akan berurusan jika perniagaan dimulakan.

Jangkaan perkembangan masa depan.
Pilih perniagaan yang boleh bertahan lama. Sekarang ini perkembangan teknologi amat pantas. Jadi ada perniagaan nampak berpotensi hari ini mungkin tidak lagi berguna pada masa hadapan.  

Masa pengurusan.
Perkara ini amat penting dipertimbangkan bagi mereka ada kerjaya lain.  Mereka perlu bijak membahagikan masa untuk uruskan perniagaan.  Walaupun ada pekerja dibayar gaji untuk menjalankan perniagaan, namun amat penting pengurusan dari pemilik perniagaan sendiri.

Modal rendah.
Pilihlah perniagaan yang memerlukan modal rendah. Pertamanya mudah untuk mengumpul modal dari simpanan sendiri atau pinjaman. Ini terutama kepada mereka kali pertama berniaga. Ia mengelak resiko kerugian yang besar disebabkan kurang pengalaman pengurusan perniagaan.

Pengalaman
Pengalaman atau kepakaran dalam bidang ingin dijadikan sandaran perniagaan amat penting. Mendapatkan pengalaman dengan bekerja di tempat lain adalah satu cara untuk mendapat pengalaman. Elok sekali membuka perniagaan yang kita ada pengalaman berkaitan dengannya.

Minat dan hobi
Seboleh mungkin, jadikan bisnes ini bukan sesuatu yang membebankan, yang mendatangkan stress. Buat sesuatu yang kita minat dan membuatkan kita teruja setiap hari. Minat boleh mengelak kita mudah jadi bosan, terutama apabila berdepan halangan dalam perniagaan.

Menjalankan perniagaan yang diminati juga satu motivasi untuk benar-benar berusaha untuk kejayaan. Selain itu, apa yang kita minat mendorong kita tidak hanya menganggap itu sebagai satu cara mencari rezeki, tetapi juga memenuhi keinginan.


No comments:

Post a Comment