Tuesday 5 September 2017

TIDAK BALAS BIAR DIHINA


Individu dihina dan dimalukan pihak lain, dinasihatkan tidak membalas kembali memalukan atau menghina orang itu dengan apa yang kita tahu kelemahan dan keburukan orang itu. Perbuatan membalas kembali tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya bertambah kusut.

Maksud hadis: "Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang dia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah dia yang menanggungnya.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722.  Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahawa hadis ini sahih).

Dosa perbuatan menghina adalah termasuk perbuatan sombong. Mereka menghina orang lain kerana berasa diri lebih hebat dan lebih berbanding orang dihina. Orang sombong tidak akan dipandang Allah di akhirat nanti. Kepada siapa mereka ingin memohon pertolongan di akhirat jika tidak lagi diperdulikan Allah?

Sabda Rasul SAW: “Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim no. 91).

Perbuatan menghina atau merendahkan orang lain ditegah sama sekali. Mungkin orang dihina itu lebih baik berbanding orang menghina. Tindakan menghina akan kembali kepada orang melakukan kerana akan ada pihak lain mencari kesalahan atau kelemahanya untuk didedahkan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (Surah  Al Hujurat: 11).


Juahi sikap menghina dan merendahkan orang lain. Sesungguhnya Allah tidak melihat berdasarkan kekayaan dan kedudukan terhormat di mata manusia, sebaliknya yang dinilai dan diterima Allah hanyalah takwa dan amalan soleh. 

No comments:

Post a Comment